=)

Isnin, 28 September 2015

diam lebih baik



hello hello hello....SisJah rindu nak berkongsi benda baik ni..hahahaha..emmm topik apa pula kali ni yerr??haaaa..sis rasa nak berbicara tentang KEBAIKAN MENGAMBIL SIKAP BERDIAM dalam sesuatu perkara..ada yang kata diam itu takut..ada juga yang kata diam itu lemah..dan tak kurang juga yang kata diam itu kita cuba lari dari masalah di mana ia bukan jalan penyelesaian yang betul..benarkah begitu??namun bagi sis, berdiam itu banyak baik daripada buruk..Rasulullah juga galakkan kita lebih banyak berdiam..jom hakak-hakak dan bro-bro kita cuba selongkar topik ini sama-sama..

Ahad, 27 September 2015

jamu buatan SisJah



hello hello hello..jari jemari SisJah gatal nak berblog ni..hahaahha..hari ini kita masuk topik baru yer hakak-hakak..sis akan kongsikan resepi jamu mudah yang sis cuba buat sendiri di rumah..selalunya sis buat banyak dan simpan dalam botol..dan 1 lagi, jangan lupa labelkan..nanti ada je yang gatal tangan tolong buang..hahahaha..khasiat jamu ni khas untuk kesihatan wanita..asalnya jamu ni adalah jamu Kunyit & Asam yang kebiasaan menjadi amalan ramai orang..cuma sis buat pandai dengan tambah-menambah bahan ikut keperluan khasiat-khasiat lain..hehehehe..

bahan-bahan:















haaaa..demikianlah bahan-bahannya..kalau hakak-hakak tak kenal alamatnya jangan kahwin laa hakak-hakak oiii..hahahahah..ok sis perkenalkan yerr..dari atas adalah kunyit diikuti asam jawa, gula merah, manjakani, halia dan akhir sekali daun sireh..




CARA MEMBUATNYA:
1. Potong kunyit, halia, sireh dalam ketulan yang agak kecil dan rebus bersama manjakani.
2. Apabila semua bahan sudah masak toskan dan kemudian kisar..air rebusan tadi jangan dibuang dan boleh dicampurkan..(tujuan merebus dahulu semua bahan adalah untuk mengelakkan getah kunyit melekat pada blender hakak)
3. Kemudian tapis/perah (guna penapis kain)..ulang kisar bahan-tadi tadi (hampas) dengan air dan tapis sehingga sarinya habis..
4. Kemudian panaskan kembali dengan gula merah dan ais asam jawa..(gula merah untuk penyedap rasa)
5. Biarkan sejuk sebelum simpan


SisJah rasa sampai sini dulu untuk kali ni..jari-jemari sis dah naik lenguh ni..jangan lupe yerr hakak-hakak yang mana dah umur 16 dan ke atas, boleh laa cuba makan jamu untuk kesihatan dalaman..babaibibiibubui..

tips memilih kasut


Hai hakak-hakak dan bro-bro yang SisJah sayangi sekalian..bertemu lagi kita untuk topik yang berbeza..pada ruangan kali ni, sis nak berkongsi tentang sesuatu yang ramai orang kurang peduli..jeng jeng jeng..apakah ia??haaaa..sis akan mengutarakan topik "TIPS MEMILIH KASUT WANITA"

Berikut beberapa tips memilih kasut wanita sesuai bentuk kaki:



1. Wedges

kasut jenis ini boleh digunakan untuk semua bentuk kaki, baik itu yang berkaki pendek mahupun yang berkaki panjang..hakak-hakak yang mempunyai kaki pendek sebaiknya memilih jenis kasut wedges ini dengan cover yang pendek atau hanya menutupi jari -jari kaki saja..sementara bagi hakak-hakak yang mempunyai kaki panjang boleh memilih wedges dengan cover yang penuh ataupun yang bertali-tali..






2. Peep Toe

kasut jenis ini mempunyai bentuk yang terbuka di hujung kaki hingga seolah- olah sebahagian hujung jari kaki nampak mengintip..macam spy gitu..kasut jenis peep toe ini juga boleh digunakan oleh semua bentuk kaki, baik yang berkaki pendek atau berkaki jenjang macam SisJah ni..


.



3. Ankle Strap

kasut jenis ini sesuai digunakan untuk bentuk kaki yang panjang, kurus dan jenjang..jika memiliki kaki yang panjang dan kurus, sebaiknya pilih kasut ankle strap ini agar kaki kelihatan lebih berisi yer hakak-hakak..










4. Pump Shoes

Kasut jenis ini sesuai digunakan oleh hakak-hakak yang mempunyai kaki pendek..sebaiknya hakak-hakak memilih jenis kasut ini dengan bentuk cover terbuka atau hanya menutupi bahagian jari -jari kakinya saja, agar bentuk kaki terlihat ramping..





 

  
empat macam bentuk kasut di atas silalah hakak-hakak cuba sesuaikan sendiri mana yang selesa dengan kaki hakak-hakak..bro-bro pun cubalah ambil hati kesayangan-kesayangan sekalian dengan menghadiahkan kasut yang bersesuaian..bagi insan yang mabuk kasut macam SisJah ni, info sebegini penting sebab andai kata kita salah pilih kasut, risiko jangka masa panjang akan serang kita..so, be careful! Demikian tips memilih kasut wanita sesuai bentuk kaki..